Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan PUBG Kerana Ia “Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak-Kanak”

Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan PUBG Kerana Ia “Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak-Kanak”

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Permainan PUBG merupakan permainan berbentuk battle royale yang memerlukan pengguna bertempur antara satu sama lain untuk memenanginya. Ia telah membuatkan ramai yang meluangkan masa untuk memainkan permainan ini – termasuk golongan di bawah umur dan kanak-kanak. Namun pada hari ini, Kerajaan Nepal telah memutuskan untuk mengharamkan permainan PUBG kerana ia memberi kesan negatif kepada golongan ini.

Pengharaman ini berlaku selepas permohohan yang dibuat oleh pihak Kerajaan telah diluluskan oleh pihak Mahkamah Daerah Kathmandu. Perkara ini telah membolehkan Bahagian Jenayah Metropolitan Nepal mengarahkan Bahagian Telekomunikasi Nepal mengharamkan segala akses ke permainan ini melalui ISP dan pembekal mudah-alih.

Samsung Galaxy S10

Kerajaan negara tersebut melihat permainan ini mengganggu sesi pelajaran kanak-kanak, kerana mereka sering menghabiskan masa pada permainan ini. Ia membuatkan sesi ulang kaji atau kerja sekolah tidak dapat dilakukan, sekaligus membantutkan usaha pelajaran kanak-kanak ini. Selain itu, permainan ini juga dikatakan membuatkan mereka lebih agresif, terutama dari segi perubahan gaya percakapan dan penggunaan bahasa yang lebih negatif.

Perkara ini telah membuatkan pihak polis di sana mempunyai kuasa dalam menangani isu ini. Polis akan menangkap sesiapa sahaja yang didapati memainkan permainan ini di dalam negara tersebut. ISP atau pembekal mudah-alih juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mereka membenarkan akses kepada permainan ini.


TIPS & ULASAN