Huawei MateBook E (2019) Diperlihatkan Menggunakan Snapdragon 850 Dan Windows 10

Huawei MateBook E (2019) Diperlihatkan Menggunakan Snapdragon 850 Dan Windows 10

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Huawei sedia menawarkan komputer seumpama Surface dinamakan Huawei MateBook E. Menariknya, kini untuk tahun 2019, pihak Huawei memperlihatkan Huawei MateBook E generasi baru yang hadir dijana cip Snapdragon 850.

Ia masih membawakan rekaan komputer dua-dalam-satu, dan menariknya menggunakan cip Snapdragon 850, ia turut menyertakan sokongan eSIM bagi membolehkan pengguna kekal berhubung sepanjang masa menggunakannya.

Spesifikasi lain adalah lebih kurang sama seperti versi sebelumnya, termasuk penggunaan skrin 12-inci dan juga ketahanan bateri sehingga 20 jam lamanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Huawei akan memasarkan komputer Windows 10 berasaskan Snapdragon 850 ini.


TIPS & ULASAN