Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana terdapat kejadian kabel putus di beberapa nod TM di Sarawak, iaitu di Sibu, Mukah dan Kapit.
Hal ini sekaligus membawa kepada gangguan perkhidmatan unifi dan Streamyx, serta talian tetap di sekitar Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Kapit, Lanang, Dalat, dan juga Kinarut.
Pihak TM mengatakan mereka dalam proses untuk membaik-pulih rangkaian yang terjejas berkenaan. Buat masa ini, tiada masa jangkaan pembaik-pulihan yang diumumkan oleh TM.
Kemaskini: Ia kini telah kembali beroperasi seperti biasa.
Our unifi, Streamyx and TM fixed line services in Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Kapit, Lanang, Dalat and Kinarut areas are now up and running.#TMAlerts
— TM Group (@myTMgroup) April 13, 2019