Facebook Mungkin Akan Mengembalikan Kembali Fungsi Permesejan Ke Aplikasi Facebook Utama

Facebook Mungkin Akan Mengembalikan Kembali Fungsi Permesejan Ke Aplikasi Facebook Utama

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Facebook pada awalnya hanya mempunyai satu penawaran aplikasi mudah-alih – dimana ia mengintegrasikan sokongan laman sosial dan juga permesejan Messenger. Walaubagaimnanapun, sejak 2014 yang lepas, Facebook telah mengasingkannya, dan menawarkan Messenger melalui sebuah aplikasi berasingan sahaja.

Perkara berkenaan kini dilihat mungkin berubah kembali. Melalui kod awal yang ditemui pada aplikasi Facebook, ia dilihat Facebook ingin mengembalikan kembali sokongan permesejan pada aplikasi utama melalui ruangan yang dilabelkan “Chat”.

Walaubagaimanapun, ciri yang ditawarkan adalah terhad dan tidak menyeluruh seperti aplikasi berasingan Messenger. Pengguna boleh menghantar dan menerima mesej sahaja pada integrasi di aplikasi Facebook utama, tetapi masih perlu membuka aplikasi Messenger sekiranya ingin menghantar gambar, membuat panggilan suara dan sebagainya.

Buat masa ini, ia sekadar penemuan kod awal pada aplikasi Facebook sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada pihak Facebook akan memperkenalkannya secara rasmi kepada semua pengguna ataupun tidak.



TIPS & ULASAN