Microsoft Mengesahkan Pengodam Mencuri Wasikah Khidmat Pelanggan Untuk Mengakses Akaun Emel Berasaskan Web

Microsoft Mengesahkan Pengodam Mencuri Wasikah Khidmat Pelanggan Untuk Mengakses Akaun Emel Berasaskan Web

Diterbitkan pada Apr 14, 2019 oleh .

Microsoft mempunyai penawaran perkhidmatan emel berasaskan web di Outlook.com yang menawarkan akhiran alamat emel seperti @outlook.com, @msn.com dan juga @hotmail.com. Terkini, Microsoft mengatakan mereka mendapati aktiviti yang meragukan pada perkhidmatan berkenaan, dan mengesahkan yang mana terdapat pengodam yang mengakses sejumlah akaun emel berasaskan web berkenaan.

Microsoft mengatakan ia berlaku antara 1 Januari ke 28 mac yang lepas, dimana pengodam mengaksesnya melalui wasikah (credential) khidmat pelanggan yang berjaya didapati oleh pengodam berkenaan.

Walaubagaimanapun, Microsoft mengatakan pengodam berkenaan hanya dapat melihat alamat emel, dan tajuk emel berkenaan. Tiada kandungan yang berjaya diakses, termasuk tiada sebarang kata laluan dan nama pengguna yang tertiris.

Pihak Microsoft telah pun mula menghantar notifikasi kepada pengguna yang terkesan dengan godaman ini. Microsoft turut mengalakkan pengguna yang terkesan untuk mengubah kata laluan mereka.

Untuk mengelak hal ini berlaku lagi, pihak Microsoft telah mengukuhkan lagi proses dan sistem mereka, sekaligus berharap agar ia tidak berlaku lagi.


TIPS & ULASAN