Cari @ Amanz

Kemaskini (9 malam) : Facebook, WhatsApp dan Instagram kini beroperasi seperti biasa kembali.


7.15 malam : Hari Ahad yang kurang baik bagi pihak Facebook, dimana pelbagai perkhidmatan mereka kini tergendala dan mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Antara perkhidmatan yang terjejas buat masa ini adalah termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen lagi berkaitan dengannya buat masa ini.

Instagram Down

Sebelum ini, ketiga-tiga perkhidmatan ini turut menghadapi masalah untuk diakses sekitar sebulan yang lepas, dimana ia mengambil masa beberapa jam sebelum pulih sepenuhnya.

Bagi anda yang menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan ini, adakah komunikasi anda terjejas hari ini? Atau anda menggunakan perkhidmatan alternatif untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd