Cari @ Amanz

Apple Kini Membolehkan Anda Mendengar Kandungan Apple Podcasts Terus Melalui Web

Oleh Aman

Link Copied!

Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan audio atau lebih dikenali sebagai podcast terus melalui web. Kini, selain Google, Apple turut melakukan perkara sama untuk kandungan yang diterbitkan di Apple Podcasts.

Apple Podcasts

Melalui kemaskini kepada web yang dibawakan oleh Apple, ia kini membolehkan pengguna terus mendengar kandungan berkenaan melalui web – tanpa perlu membukanya melalui aplikasi iTunes atau khusus pada peranti mereka.

Selain daripada itu, Apple juga dilihat menggunakan pautan URL podcasts.apple.com dan bukannya itunes.apple.com seperti sebelum ini.

Perubahan ini hadir daripada Apple, selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan Apple bakal menamatkan iTunes, dan menggunakan aplikasi alternatif untuknya yang memfokuskan kandungan spesifik.


Komen ()