Cari @ Amanz

Spotify sebelum ini telah menguji penawaran aplikasi Spotify Lite untuk pengguna dibeberapa buah negara. Menariknya, kini ia dilihat pengguna di Malaysia turut boleh menguji aplikasi berkenaan yang ditawarkan khusus untuk pengguna Android.

Spotify Lite

Spotify Lite ditujukan untuk pengguna dinegara-negara membangun. Ia dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan, dimana ia tidak menggunakan saiz storan yang tinggi. Selain daripada itu, pihak Spotify turut menyertakan sokongan kawalan penggunaan data – dimana anda boleh mengehadkan jumlah data yang boleh digunakan pada sesuatu bulan.

Buat masa ini, Spotify Lite masih dilabelkan sebagai beta, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan secara rasminya kepada semua.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd