Dzuleira Abu Bakar Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu MaGIC

Dzuleira Abu Bakar Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu MaGIC

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

Bermula hari ini, Dzuleira Abu Bakar memulakan peranannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif baru untuk Malaysia Global Innovation and Creative Centre (MaGIC Malaysia). Perlantikan Dzuleira ini sekali gus menggantikan peranan Ashran Ghazi yang telah meletakkan jawatannya pada Disember tahun lalu.

Dzuleira Magic

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah menyatakan pemilihan Dzuleira ini adalah berdasarkan pencapaian kerjayaannya di dalam industri yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun. Malah, mereka turut percaya dengan kebolehan Dzuleira dalam memberikan nafas baru dan meletakkan MaGIC sebagai platform keusahawanan yang lebih baik menerusi sokongan MED beserta agensi yang lain.

Dzuleira bakal menggalas tanggungjawab beliau untuk mengenal pasti dan melabur dalam pertumbuhan teknologi dan perusahaan digital. Beliau juga berperanan dalam menguruskan penstrukturan dana, strategik, pelaburan, dan hubungan antara kerajaan dan korporat.

Dengan penyertaan Dzuleira, beliau diharapkan dapat memacu MaGIC ke tahap yang lebih tinggi. Peranan dan kepimpinan yang baik adalah sangat penting bagi memastikan setiap kelemahan yang terdahulu dapat diperbaiki. Turut sama menyokong kelansungan MaGIC ini adalah agensi seperti Malaysia Industry-Government Group for High Tech (MIGHT), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Institut Automotif, Robotik dan Peranti Berhubung Malaysia (MARii), dan MIMOS.


TIPS & ULASAN