ViewSonic Hadir Dengan Empat Paparan Skrin Baru Khusus Untuk Pereka Grafik

ViewSonic Hadir Dengan Empat Paparan Skrin Baru Khusus Untuk Pereka Grafik

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

ViewSonic ialah sebuah jenama paparan digital yang cukup terkenal untuk kualiti yang bagus dan juga harga jualan mampu milik. Syarikat tersebut baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk empat buah paparan baru untuk pasaran tempatan.

Keempat-empat paparan ini termasuklah ViewSonic VG2448, VG2455, VG2755-2K dan juga VP2458. Bermula dengan model VG2455 dan VG2755-2K, kedua-dua paparan ini adalah paparan yang memerlukan satu kabel USB-C sahaja untuk menyambungkan paparan skrin tersebut kepada komputer, disamping mengecas komputer riba jika ia disambungkan kepadanya.

Paparan VG2455 dilengkapi dengan paparan bersaiz 24 inci pada resolusi Full HD, manakala monitor VG2755-2K mempunyai paparan 27.5 inci pada resolusi 2K. Kedua-dua paparan ini juga menggunakan panel SuperClear IPS yang menjanjikan warna yang cukup bersemangat.

Dalam pada itu, paparan skrin ViewSonic VP2458 ialah paparan 24 inci dengan resolusi Full HD khusus untuk pereka digital. Dengan nilai Delta E<2, paparan ini turut hadir dengan kadar pembacaan warna sRGB 100 peratus yang memberikan paparan ini warna yang lebih jitu.

Kesemua paparan-paparan ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 15 April kelak pada harga-harga berikut:

  • ViewSonic VG2448 – RM 789
  • ViewSonic VG2455 – RM 899
  • ViewSonic VG2755-2K – RM 1599
  • ViewSonic VP2458 – RM 999

TIPS & ULASAN