Cari @ Amanz

Di dalam filem fiksyen sains, kerap kali kita melihat skrin lut sinar digunakan pada telefon pintar dan televisyen. Di dunia sebenar konsep televisyen dengan skrin lutsinar telah kami lihat sejak 2012 tetapi sehingga kini tiada pengeluar yang menghasilkannya secara komersial. Panasonic ialah sebuah lagi pengeluar yang menghasilkan konsep televisyen dengan skrin lut sinar.

Televisyen dengan skrin OLED lut sinar diperlihatkan di acara Salone del Mobile. Ia adalah kerjasama mereka dengan firma perabot Vitra. Ketika tidak digunakan, televisyen ini kelihatan seperti sebuah kotak kayu dengan panel kaca di bahagian hadapan. Apabila dihidupkan, barulah skrin akan memaparkan imej yang ingin ditonton. Kesemua komponen televisyen ini diletakkan pada bahagian bingkai. Buat masa ini televisyen hanyalah konsep tanpa perancangan untuk menjadikannya realiti.

Samsung ialah pengeluar paling awal menunjukkan konsep skrin OLED lut sinar pada tahun 2015. Mereka masih belum menghasilkan televisyen lut sinar tetapi sebaliknya menghasilkan Frame yang merupakan televisyen yang kelihatan seperti bingkai gambar apabila tidak digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd