Cari @ Amanz

Sudah beberapa kali kedengaran berita Apple akan mula menghasilkan peranti mercu di India. Kali terakhir ia didengari adalah pada Disember tahun lalu. Menurut laporan Economic Times, pengeluaran peranti mercu iPhone X akan bermula di India pada bulan Julai ini. Foxconn akan memasang peranti ini di kilang mereka yang terletak di Chennai.

Sebelum ini hanya iPhone SE dan 6S dikilangkan di India bagi memenuhi keperluan tempatan. Dengan pengeluaran di India, Apple menerima potongan cukai di bawah program Made In India yang membolehkan peranti Apple dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada pengguna negara tersebut. Kerana harga jualan yang terlalu tinggi, Apple dilaporkan hanya menjual kurang sejuta iPhone di India pada separuh tahun pertama 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd