Perompak Ditangkap Selepas Memulangkan Telefon Android Yang Dicuri Kerana Ia Bukan iPhone

Perompak Ditangkap Selepas Memulangkan Telefon Android Yang Dicuri Kerana Ia Bukan iPhone

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

Antara perkara yang paling ditakuti pengguna telefon pintar ialah peranti mereka dirompak. Semakin mahal peranti, semakin mereka hidup berjaga-jaga kerana kos menggantikan peranti yang dirompak pastinya tinggi. Di Florida, sepasang perompak telah ditangkap pihak polis selepas memulangkan telefon pintar yang dicuri. Ini adalah kerana mereka menyedari telefon yang dicuri bukan sebuah iPhone.

Dalam kejadian yang berlaku di barat laut Miami Dade pada hari Sabtu yang lalu, kedua-dua suspek merompak seorang wanita di sebuah stesen minyak. Mereka kemudian kembali ke lokasi jenayah untuk memulangkan telefon pintar selepas menyedari ia adalah sebuah peranti Android dan bukannya iPhone. Apabila mereka meninggalkan lokasi, saksi sempat mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan dan ini membolehkan mereka ditangkap oleh pihak polis. Tidak diketahui sama ada penjenayah memulangkan peranti kerana kasihan kepada mangsa atau hanya kerana tidak mahu sebuah telefon Android pada waktu ini.


TIPS & ULASAN