Microsoft : Pengguna Atas Talian Malaysia Semakin Kurang Ajar Pada Tahun 2018

Microsoft : Pengguna Atas Talian Malaysia Semakin Kurang Ajar Pada Tahun 2018

Diterbitkan pada Apr 17, 2019 oleh .

Microsoft baru-baru ini telah berkongsi penemuan mereka berhubung tinjauan Indeks Kesopanan Digital (Digital Civility Index). Tinjauan ini telah dijalankan pada 22 buah negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Matlamat utama tinjauan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai realiti kesan risiko dalam talian. Kajian DCI ini mendapati pengguna atas Malaysia semakin kurang ajar pada tahun 2018. Malaysia turun dua anak tangga ke nombor enam dalam senarai 22 negara.

Kajian risiko ini dikategorikan kepada 4 bahagian risiko tingkah laku seperti gangguan dalam talian, risiko mengganggu yang tidak diingini, risiko seksual dan risiko reputasi seperti doxxing (menyebarkan maklumat peribadi).

Sebanyak 66% pengguna dalam talian Malaysia mengaku menerima teks dan imej seksual yang tidak diminta sementara 45% lagi mengaku dipanggil dengan nama kurang menyenangkan dalam talian. Di dalam kedua-dua kategori ini, peratusan pengguna yang mengalaminya di Malaysia adalah lebih rendah dari purata global.

Menurut laporan tinjauan, Malaysia telah menduduki tangga keenam daripada 22 negara yang dikaji. Berdasarkan kaji selidik itu, 53% rakyat Malaysia telah ditanya soalan yang tidak wajar atau berunsur peribadi oleh orang asing dalam talian. Rentetan itu, pungutan kajian menunjukkan kalangan sosial individu menjadi lebih berisiko, meliputi keluarga dan rakan-rakan meningkat pada peratusan 11% hingga 26%. Malah, purata keseluruhan pada risiko ini juga menunjukkan Malaysia memperolehi peratusan 37% lebih tinggi dibandingkan dengan seluruh dunia 28%.

Antara tindakan positif yang telah diambil adalah dengan memperketatkan lagi akses pada media sosial sebanyak 43% dan menghormati privasi individu lain sebanyak 33%. Menerusi tinjauan ini, menunjukkan inisiatif Microsoft dengan mewujudkan perkhidmatan dalam talian yang lebih selamat dan menunjukkan kepada dunia bahawa risiko dalam talian mempunyai kesan yang tinggi pada kehidupan individu.

Berikutan itu, Microsoft mula menyediakan platform Cabaran Kesopanan Digital bagi menggalakkan orang ramai untuk lebih berdedikasi sewaktu menggunakan platform dalam talian. Perihal ini dapat menjamin ekosistem dalam talian pada semua negara.


TIPS & ULASAN