Carian
Huawei Menyasarkan Pengeluaran Telefon Pintar Sepanjang 2019 Akan Melangkaui 250 Juta Unit
April 15, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu menurut laporan IDC, Huawei berjaya mengeluarkan 206 juta peranti yang meletakkannya di belakang Samsung (292.3 juta) dan Apple (208.8 juta). Tahun hadapan Huawei berharap mereka akan memintas Samsung sebagai pengeluar peranti terbesar di dunia. Oleh itu mereka kini meletakkan sasaran 250 juta peranti terjual sepanjang 2019.

Ini adalah menurut Zhu Ping, yang merupakan timbalan presiden perniagaan pengguna di Huawei. Ini adalah sasaran yang tinggi oleh mereka walaupun tahun ini pengeluaran telefon pintar dijangka akan mengalami penyusutan berbanding tahun 2018. Tahun lalu Huawei hanya mencapai sasaran jualan 200 juta peranti pada bulan Disember. Nyata sekali Huawei amat yakin strategi pemasaran mereka untuk mencapai sasaran jualan suku juta ini.

Komen