Cari @ Amanz

Realme 3 adalah peranti utama Realme generasi yang ketiga. Ia sudah dilancarkan di Malaysia pada 21 Mac lepas dan ia ditawarkan pada harga yang amat menarik. Walau bagaimanapun, pengguna dilihat lebih nanti-nantikan Realme 3 Pro kerana ia mempunyai spesifikasi yang lebih berkuasa dan juga hasil kamera yang lebih baik.

Baru-baru ini, CEO Realme telah kongsikan hasil gambar mod malam yang diambil menggunakan Realme 3 Pro. Hasil yang diperlihatkan amat menakjubkan dan luar biasa. Hasil warna yang tajam, butiran yang mencukupi, nilai dynamic range yang hebat serta hampir tiada hingar? Sejak Realme 3, Realme sudah pun memfokuskan pada kamera dengan kehadiran mod Nightscape dan Chromaboost. Realme 3 Pro pasti akan lebih baik.

Hasil yang diperlihatkan ini seperti satu keajaiban, jika benar peranti kelas pertengahan yang merakam hasil gambar ini. Realme 3 sudah dijual sebanyak 500,000 dalam masa tiga minggu. Bagaimana pula dengan Realme 3 Pro kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd