Honor, salah satu sub-jenama dibawah Huawei telah pun mengumumkan secara rasminya hari ini, dimana mereka akan melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka untuk 2019, iaitu Honor 20 pada 21 Mei kelak.
Pelancaran berkenaan akan diadakan di kota London. Melalui gambar acah yang dihantar pihak Honor kepada kami, mereka memperlihatkan seumpama Honor 20 akan membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan cantik pada keadaan cahaya cerah, mahupun ketika waktu malam.
Buat masa ini, info penuh mengenai siri Honor 20 masih menjadi tanda tanya. Tetapi, pelbagai spekulasi mengatakan ia mungkin hadir dengan penawaran memfokuskan kamera seperti siri Huawei P30 baru-baru ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 21 Mei ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Honor.