Apple Dijangka Menyertakan Sokongan Tema Gelap Menyeluruh Pada iOS 13

Apple Dijangka Menyertakan Sokongan Tema Gelap Menyeluruh Pada iOS 13

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk Apple memperkenalkan versi baru sistem operasi mereka pada acara WWDC yang sering diadakan pada bulan Jun. Pada tahun 2019 ini, Apple dijangka memperkenalkan iOS 13 bersama-sama kemaskini untuk macOS, tvOS dan juga watchOS.

Menariknya, kini beberapa info awal tertiris ke arena web, mengatakan Apple bakal membawakan sejumlah ciri baru – termasuk yang bakal menjadi fokus adalah sokongan tema gelap.

Melaluinya, pengguna boleh mengaktifkan sokongan tema gelap, sekaligus ia akan mengubah paparan kepada warna hitam – yang mana memberikan lebih keselesaan pada mata, terutamanya pada waktu malam. Disamping itu, ciri ini juga dijangka akan menjimatkan lagi penggunaan tenaga bateri berbanding kebiasaan.

Sebelum ini, Apple sedia memperkenalkan ciri berkenaan pada sistem operasi macOS. Disamping itu, untuk iPad, Apple dijangka menyertakan sokongan menjalankan sesuatu aplikasi menggunakan lebih dari satu tetingkap pada sesuatu masa – sekaligus menjadikan iPad sebagai mesin produktiviti kegemaran.

Sejumlah ciri dan perubahan lain turut dijangka diperkenalkan, termasuk salah satu yang turut mencuri perhatian diperkatakan ramai adalah antaramuka ketika pengguna memilih untuk mengurangkan atau menaikkan kekuatan suara pada peranti iPhone atau iPad.

WWDC 2019 akan berlangsung pada 4 Jun ini, dimana kita dijangka akan mendengar lanjut mengenainya ketika acara berkenaan.


TIPS & ULASAN