Cari @ Amanz

OnePlus merupakan salah satu jenama yang popular dikalangan peminat, dan salah satu sebabnya adalah kerana ketika pengenalan jenama mereka beberapa tahun lepas, OnePlus menawarkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga sangat kompetitif. Walaubagaimanapun, harga jualannya semakin meningkat dari hari ke hari – tetapi masih mempunyai peminatnya tersendiri disebabkan beberapa perkara, termasuk kerana penawaran sistem operasi Oxygen OS.

Dengan pelbagai jenama pengeluar peranti telah memperkenalkan telefon pintar mercu untuk 2019 ini, kini OnePlus diperkatakan bakal memperlihatkan penawaran mereka tersendiri pada 14 Mei kelak.

Mengikut desas-desus yang hadir ke arena web, OnePlus dijangka memperkenalkan OnePlus 7, selain turut mungkin memperkenalkan sebuah variasi dengan spesifikasi tinggi dengan sokongan 5G yang dilabelkan OnePlus 7 Pro.

Buat masa ini, pihak OnePlus masih belum mengesahkan perkara ini secara rasminya. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan pelancaran rasmi ini daripada OnePlus sendiri dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd