Carian
Dompet Digital Touch ’n Go Kini Boleh Digunakan Di Semua KFC Seluruh Negara
April 16, 2019 Aman

Touch ’n Go nampaknya agak aktif dalam menambah pelbagai kedai-kedai fizikal untuk menyokong dompet digital mereka. Selepas mengumumkan sokongan penggunaan dompet digital mereka di kedai Tealive seluruh negara pada minggu lepas, minggu ini menyaksikan pihak TNG mengumumkan kerjasama dengan pihak KFC.

Touch n Go KFC

Dengan pengumuman ini, dompet digital Touch ’n Go boleh digunakan di semua kedai KFC seluruh negara untuk tujuan pembayaran, sekaligus mempopularkan lagi transaksi nirtunai dikalangan pengguna umum.

Pihak Touch ’n Go turut mengatakan yang mana mereka kelak akan menawarkan sejumlah promosi menarik melalui aplikasi mereka, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk berjimat dan memantau perbelanjaan harian anda.

Komen