Cari @ Amanz


Facebook sebelum ini telah pun menawarkan kemudahan untuk pengguna mengaktifkan sokongan tema gelap pada Facebook Messenger dengan menghantar sebuah emoji khusus kepada rakan anda. Selepas mengaktifkannya melalui kaedah berkenaan untuk sejumlah pengguna, hari ini Facebook mengumumkan pengenalan ciri tema gelap pada Facebook Messenger kepada semua pengguna seluruh dunia.

Dengan pengumuman ini, ia diaktifkan untuk semua pengguna, dan anda tidak lagi perlu menghantar sebarang emoji khusus untuk mengaktifkannya.

Facebook Messenger

Dengan penawaran mod tema gelap, ia akan memberikan lebih keselesaan kepada mata, sekaligus mengurangkan kadar kesilauan ketika digunakan pada keadaan cahaya persekitaran yang malap.

Bagi anda yang menggunakan Messenger, anda hanya perlu ke halaman tetapan dengan menekan ikon gambar anda, seterusnya menekan pada butang “Dark Mode”.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd