Cari @ Amanz

Facebook adalah platform media sosial yang besar. Dalam aplikasi, terdapat banyak fungsi dan ciri menarik; seperti Stories. Stories bukanlah idea asal Facebook, malah ia telah lama digunakan pada Snapchat.

Terkini, Facebook dilihat ingin mencuba sesuatu yang baru – ‘News Feed‘ dalam Stories. Ini bermakna, pengguna yang kerap membuka ‘FB Stories‘ bukan sahaja akan melihat ‘Stories‘ rakan-rakan mereka – tetapi juga terbitan-terbitan lain turut akan dipaparkan. Tidak pasti jika ia akan memaparkan semua terbitan atau yang terpilih sahaja.

Bukan itu sahaja, iklan-iklan yang berada di ‘News Feed‘ turut akan dimasukkan dalam ‘Stories’ ini. Apa yang tidak pasti adalah, adakah masa terbitan biasa ini terpapar dalam Stories juga terhad? Fungsi ini dilihat masih lagi dalam ujian awal, jika ia sudah sedia – Facebook pasti akan umumkan atau pengguna akan lihat fungsi ini hadir pada aplikasi Facebook anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd