Minggu lepas, Google dilihat sedang menguji kemaskini sistem melalui Play Store. Perkara ini adalah sesuatu yang baru, kerana selama ini kemaskini sistem adalah melalui tetapan peranti.
Terkini, kesemua peranti Google Pixel, Pixel 2 dan Pixel 3 yang menjalankan Android Q Beta 2 dilihat telah mula menerima kemaskini sistem melalui Play Store. Perkara ini ditemui oleh pembaca Reddit rohanbathla007 yang turut mengatakan, sejurus kemaskini selesai dimuat turun – peranti akan reboot dan hidup semula dalam masa kurang satu minit.
Agak pantas untuk satu kemaskini sistem yang mengambil proses 1 minit sahaja. Buat masa ini ia dilihat hanya hadir pada pengguna Google Pixel dan tidak pasti apakah manfaatnya dan adakah pengeluar lain turut boleh memanfaatkan kemaskini melalui Play Store ini? Kita mungkin akan ketahui info lanjut pada Google I/O 2019 kelak.