Spesifikasi Realme C2 Tertiris – Bakal Dilancarkan Bersama-Sama Dengan Realme 3 Pro

Spesifikasi Realme C2 Tertiris – Bakal Dilancarkan Bersama-Sama Dengan Realme 3 Pro

Diterbitkan pada Apr 16, 2019 oleh .

Realme adalah satu sub-jenama dari Oppo. Sejak ia dilancarkan, Realme dilihat aktif dalam melancarkan banyak model dan variasi telefon pintar. Terbaru yang sudah dilancarkan adalah Realme 3, Realme 3 Pro pula dikatakan akan dilancarkan 22 April ini dan terkini butiran mengenai Realme C2 pula kedengaran.

Realme C2 adalah pengganti kepada Realme C1 (2019) dan dilihat mempunyai beberapa perubahan menarik. Realme C2 dikatakan akan dijana dengan cip pemprosessan Helio P22, kamera swafoto 8MP, kamera utama 13+2 Megapixel dan bateri yang lebih besar dari 4000mAh.

Turut kedengaran adalah, peranti ini akan menjalankan ColorOS 6 yang terbaru, skrin bertakuk kecil dan akan dijual pada harga RS5,999 (~RM355) untuk variasi 2/32 GB dan RS6,799 (~RM403) untuk 3/32 GB. Ia dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan Realme 3 Pro tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN