Cari @ Amanz

Helikopter Bell OH-58 Kiowa digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk tugas meninjau lokasi musuh serta melihat situasi selepas serangan dilakukan. Ia memulakan operasi pada 1969 dan terlibat di dalam konflik seperti Perang Vietnam, Iraq dan Afghanistan. Kerana usianya yang agak lanjut, tentera A.S kini sedang mencari pengganti Kiowa di bawah program Future Attack Reconnaissance Aircraft (FARA).

Sebelum ini helikopter Sikorsky-Boeing SB>1 DefiantĀ  telah berjaya melakukan penerbangan pertama. Ia adalah pesawat pertama yang cuba memenangi kontrak FARA. Hari ini sebuah lagi pesawat konsep untuk projek ini diperlihatkan oleh firma AVX Aircraft dan L3 Technologies

Seperti SB>1 Defiant, pesawat konsep yang masih belum mempunyai nama ini mempunyai rekaan kipas bertingkat. Perbezaan terletak pada dua kipas penolak pada bahagian sisi. Ini boleh digunakan untuk pergerakan ke depan dan ke belakang yang pantas. Disamping itu ia mempunyai dua sayap kecil pada sisi yang memberikan daya apungan untuk penerbangan mendatar. Rekaan tubuhnya yang kecil membolehkan di dimasukkan ke dalam ruang simpanan pesawat kargo C-17 atau kapal pengangkut pesawat.

Pihak Tentera Amerika Syarikat akan memilih dua rekaan yang akan berentap dalam pusingan akhir pada tahun 2020. Prototaip akhir perlu diperlihatkan pada tahun 20203 dengan rekaan pemenang dijangka memulakan operasi pada tahun 2028.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd