Cari @ Amanz

Hari ini, DXC Technology sebuah syarikat perkhidmatan teknologi telah merasmikan Pusat Operasi Keselamatan Generasi DXC (SOC) mereka di Kuala Lumpur, Malaysia. Selaku peneraju industri, DXC menawarkan pelbagai perkhidmatan pada rangkaian dan penyelesaian keselamatan siber, termasuk khidmat nasihat, operasi keselamatan dan pengurusan risiko.

SOC Malaysia adalah inisiatif DXC dalam membantu bagi mengukuhkan peningkatan keselamatan keseluruhan syarikat dengan mengintegrasikan analisis keselamatan, teknologi operasi untuk memberikan penglihatan, hubungan dan tindak balas yang lebih baik kepada ancaman dan kelemahan keselamatan.

Pusat ini dibentuk bagi memenuhi kehendak generasi kini bagi melindungi privasi mereka. Seterusnya, platform ini dapat menyokong Operasi Keselamatan Pintar DXC, yang berfungsi menyediakan kepakaran dalam analisis lanjutan seperti forensik digital, penyiasatan dan tindak balas insiden serta penyelesaian yang disesuaikan untuk melindungi perusahaan digital.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, DXC turut memberi penekanan kepada pengendali perniagaan untuk sentiasa berwaspada akan ancaman keselamatan siber yang dihadapi. Tumpuan lebih besar akan diberikan pada pendekatan proaktif terhadap perlindungan data dan privasi pelanggan. Seterusnya, mereka turut memfokuskan pada penyelesaian pengurusan dengan kualiti yang lebih tinggi. Adanya peranan sedemikian ia membolehkan pihak berkepentingan dapat mengatasi permasalahan serangan siber ini.

DXC juga yakin akan operasi SOC Malaysia ini, di mana ia dapat memastikan pengurusan keselamatan siber menjadi lebih baik. Sekali gus dapat dilaksanakan pada pelaburan yang lebih strategik kepada pengguna aktif di rantau ini. Bersama dengan pelan tindakan pertahanan siber, bahagian keselamatan DXC dapat membantu pelanggan dengan menguruskan persekitaran ancaman lebih berkesan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd