Cari @ Amanz

Samsung ketika pelancaran Galaxy S10 tempoh hari, turut telah mempertontonkan telefon boleh-lipat mereka, Galaxy Fold. Menariknya, kini pihak Samsung Malaysia turut telah menghantar emel acah kepada kami, memperlihatkan Galaxy Fold bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold membawakan rekaan skrin boleh-lipat, dimana anda boleh menggunakan ia sebagai telefon pintar apabila dilipat, dan sebagai sebuah tablet apabila dibuka. Ia turut menawarkan sokongan multi-tugasan yang baik melaluinya, selain menyertakan enam kamera terbina pada peranti berkenaan di beberapa lokasi berbeza.

Samsung juga turut menyertakan spesifikasi tinggi seperti cip Snapdragon 855, memori 12GB RAM, dan storan 512GB berasaskan UFS 3.0.

Samsung Malaysia menjadualkan pengenalannya pada 3 Mei kelak, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenainya menjelang acara berkenaan. Di Amerika Syarikat, Galaxy Fold ditawarkan pada harga $1980, iaitu sekitar RM8191. Buat masa ini, harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan tarikh pelancarannya untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar Galaxy Fold ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd