Twitter sebelum ini telah memperkenalkan penawaran emoji untuk sejumlah perkara, termasuk untuk produk seperti Huawei P30 dan sebagainya. Emoji khusus ini dipaparkan oleh Twitter apabila pengguna menggunakan kata tagar bersempena dengannya, dan emoji akan dipaparkan pada penghujung kata tagar berkenaan.
Kini, bersempena dengan filem Avengers Endgame yang menjelang tiba, Twitter kini telah menambah sokongan untuk 40 emoji khusus, yang mana boleh dipaparkan apabila pengguna menaip sesuatu kata tagar khusus.
Bagi anda yang sering menggunakan laman sosial Twitter, mungkin boleh mencuba kata tagar adiwira kegemaran anda, dan melihat sendiri paparan emoji di penghujungnya.