Cari @ Amanz

Honor 20 Lite Diperkenalkan Di Malaysia – Hadir Dengan Tri-Kamera, Kirin 710, Berharga RM949

Link Copied!

Segmen peranti kelas pertengahan Honor nampaknya bakal dimeriahkan lagi dengan sebuah lagi model telefon baru. Sebelum ini pihak Honor baru sahaja melancarkan Honor 8C yang menampilkan spesifikasi kelas pertengahan asas pada harga RM599. Pada kali ini, mereka telah membawa Honor 20 Lite ke pasaran tempatan dengan penawaran yang lebih berkuasa.

Honor 20 Lite dilihat memfokuskan kepada fungsi gaya hidup dengan rekaan peranti yang menarik. Ia membawakan paparan IPS LCD sebesar 6.21-inci FHD+, bersama perletakkan takuk seumpama titisan air. Ia juga dijana dengan cip lapan-teras HiSilicon Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 128GB yang boleh ditingkatkan melalui penambahan kad mikroSD.

Dari segi fungsi penggambaran, ia dilengkapi dengan sistem tri-kamera, melalui penggunaan sensor utama 24MP f/1.8, MP, sensor 8MP f/2.2 untuk penggambaran ultra lebar 120-darjah, dan sensor 2MP untuk kebolehan Portrait Mode. Honor telah melengkapkan ia dengan fungsi penggambaran AI yang dioptimasikan untuk 500 situasi dalam 22 kategori. Kamera hadapannya pula hadir dengan sensor 32MP f/2.0, dengan penyertaan AI Beautification untuk kebolehan pencatikkan wajah.

Untuk kapasiti baterinya, Honor 20 Lite menyajikan ketahanan bateri sepanjang hari melalui kapasiti 3400 mAh. Untuk sokongan pengecasan, ia menyokong sambungan mikroUSB yang mana boleh dicas melalui pengecas 10W yang disediakan. Untuk sistem operasinya, ia telah menjalankan EMUI 9 yang dibina berasaskan Android 9.0 Pie.

Dari segi jualan, Honor 20 Lite telah disenaraikan pada harga RM949 untuk variasi 4GB RAM + 128GB. Ia boleh didapati bermula 24 April melalui Shopee dan halaman hihonor.com.my, sementara 26 April ini untuk jualan di kedai fizikal Honor di seluruh negara. Peranti ini telah ditawarkan dalam dua pilihan warna yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu Phantom Red dan Phantom Blue.


Komen ()