Cari @ Amanz

Intel hari ini mengumumkan yang mana mereka kelak akan keluar daripada perniagaan modem 5G untuk telefon pintar. Selain daripada itu, Intel juga akan membuat penilaian kembali untuk peluang dalam perniagaan modem 5G untuk PC dan peranti berhubung.

Pada masa yang sama, Intel menekankan mereka akan kekal komited untuk sokongan khidmat pelanggan bagi penawaran modem 4G sedia ada yang telah digunakan di beberapa telefon pintar.

Walaubagaimanapun, modem 5G untuk telefon pintar yang pada asalnya disasarkan pelancaran pada 2020 kelak, telah dibatalkan. Intel mengatakan langkah ini diambil kerana penilaian mereka mendapati perniagaan modem 5G yang tidak membawa kepada keuntungan besar. Intel mengatakan mereka akan terus membuat pelaburan dalam perniagaan infrastruktur rangkaian 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd