Cari @ Amanz

Huawei P30 Pro Menggunakan Sensor Keluaran Sony Pada Empat Kamera Utama

Link Copied!

Huawei P30 Pro ialah raja dunia fotografi mudah alih pada waktu ini kerana kemampuannya melakukan zum sehingga 50X dan juga mod malam yang terbaik pernah dihasilkan. Misteri teknologi yang digunakan pada empat kamera utama P30 Pro terjawab selepas peranti ini dibedah oleh laman EE Times.

Keempat-empat sensor 40+20+8+3D TOF pada bahagian belakang P30 Pro adalah dikeluarkan oleh pihak Sony. Model sensor yang digunakan masih belum diketahui pada waktu ini. Malah kami sendiri gagal melihat model yang digunakan menerusi beberapa aplikasi yang telah dimuat turun. Menurut EE Times, sensor 3D TOF (mungkin Sony DepthSense) pada P30 Pro juga digunakan untuk proses autofokus yang menjadikannya peranti pertama dengan sistem ini di pasaran. Jelas sekali sensor Sony adalah yang terbaik di pasaran untuk peranti mudah alih.

Ini adalah sebab mengapa kemampuan telefon Xperia keluaran mereka adalah mengecewakan sejak empat tahun kebelakangan ini kerana kegagalan pada perisian. Ini hanya berjaya dibaiki menerusi Xperia 1 yang menggunakan kepakaran bahagian perniagaan kamera digital Sony. Malahan perniagaan peranti, elektronik dan kamera kini diletakkan di bawah satu bumbung.


Komen ()