Carian
Microsoft Memperkenalkan Konsol Tanpa Pemacu Cakera – Xbox One S “All-Digital Edition”
April 17, 2019 Aman

Microsoft telah diperkatakan bakal hadir dengan sebuah konsol Xbox One S generasi baru yang hadir tanpa sebarang pemacu cakera, dan bergantung kepada kandungan digital sepenuhnya yang dimuat-turun ke konsol berkenaan. Hari ini, ia dilancarkan secara rasminya, dibawah nama Xbox One S All-Digital Edition.

Xbox One S All Digital

Konsol baru ini tidak hadir dengan pemacu Blu-ray yang terdapat pada Xbox One S. Sebagai ganti, Microsoft menyertakan storan 1TB yang hadir terbina bersama beberapa permainan, termasuk Forza Horizon 3, Minecraft dan juga Sea of Thieves. Hal ini sekaligus menjadikan konsol ini sedikit berharga rendah berbanding konsol Xbox One S sedia ada.

Konsol ini lebih ditujukan kepada pengguna yang mempunyai sambungan internet pantas, dan boleh memuat-turun permainan tanpa masalah. Malah, ini juga telah menjadi trend akhir-akhir ini, dimana ramai pemain memuat-turun permainan secara digital kerana harganya lebih rendah, dan tidak perlu mencarinya di kedai.

Buat masa ini, Xbox tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Microsoft akan menawarkan ia dibeberapa buah negara bermula awal Mei kelak pada harga $249 (iaitu sekitar RM1028).

Komen