Butiran Chromebook Baharu Dengan Kod Nama ‘Hatch’ Diketahui – Intel Comet Lake, Stylus Dan Pengimbas Cap Jari

Butiran Chromebook Baharu Dengan Kod Nama ‘Hatch’ Diketahui – Intel Comet Lake, Stylus Dan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Apr 17, 2019 oleh .

Minggu lepas, Google mengatakan produk di bawah ‘Made by Google’ seperti Pixelbook atau Pixel Slate akan lebih memfokuskan pengguna yang bekerja secara mudah alih. Sudah banyak kod nama untuk Chromebook baru hadir di arena web, yang diperoleh melalui barisan kod Chrome OS.

Terkini, butiran buat Chromebook dengan kod nama ‘Hatch’ diketahui. Chromebook ‘Hatch’ ini sejak tahun lepas dikatakan akan dijana dengan cip pemprosessan Intel Comet Lake. Kemudian beberapa hari yang lepas, ‘Hatch’ dikatakan akan mempunyai pengimbas cap jari terbina. Jika benar ia akan diintegrasikan dengan Smart Lock seperti mana-mana Chromebook dengan sistem sekuriti mereka.

hatch: Add stylus config

Add stylus config for OS stylus UI

Apa yang menarik lagi adalah, ‘Hatch’ ini turut mempunyai stylus terbina dan juga sokongan papan kekunci berlampu. ‘Hatch’ ini pada saya adalah mirip dengan Acer Chromebook Spin 13 yang sedang saya gunakan, di mana ia mempunyai papan kekunci berlampu dan juga stylus terbina. Harapnya kita akan ketahui maklumat lanjut pada acara Google I/O 2019 kelak.


TIPS & ULASAN