Huawei Kini Menyangkal Berita Mereka Ingin Menjual Modem 5G Kepada Apple

Huawei Kini Menyangkal Berita Mereka Ingin Menjual Modem 5G Kepada Apple

Diterbitkan pada Apr 17, 2019 oleh .

Dua minggu yang lalu kami melaporkan berita Huawei berminat untuk menjual modem 5G Balong 5000 mereka hanya kepada Apple. Ini adalah menurut laporan Endgadget yang memetik sumber dalaman. Hari ini Huawei akhirnya mengesahkan tiada kebenaran di sebalik berita ini malah mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apple untuk menjual modem.

Berita ini hadir selepas Apple dan Qualcomm telah bersetuju menyelesaikan kes saman royalti mereka secara mengejut. Apple bersetuju membayar royalti yang diminta oleh Qualcomm, Modem keluaran Qualcomm kini akan digunakan pada peranti keluaran mereka selema enam tahun dengan pilihan meneruskan persetujuan selama dua tahun. Ini mengakibatkan Intel terus mengumumkan penutupan bahagian modem 5G untuk telefon pintar juga secara mengejut.


TIPS & ULASAN