Twitter Menggantung 100 Ribu Akaun Pengguna Kerana Membuat Akaun Baru Selepas Digantung

Twitter Menggantung 100 Ribu Akaun Pengguna Kerana Membuat Akaun Baru Selepas Digantung

Diterbitkan pada Apr 17, 2019 oleh .

Twitter baru-baru ini nampaknya memandang serius isu pengguna-penggguna mereka yang mencipta akaun baru selepas akaun asal mereka digantung.

Biasanya pengguna Twitter akan digantung selepas didapati melakukan kesalahan-kesalahan yang tertera didalam perjanjian pengguna, dan bergantung kepada betapa teruknya kesalahan itu, pengguna boleh digantung selama beberapa hari ataupun secara kekal.

Terkini, pihak Twitter dilihat telah menggantung 100 ribu akaun Twitter kerana mencipta akaun-akaun baru selepas akaun asal mereka telah digantung. Akaun-akaun yang digantung ini adalah mereka yang ditangkap mencipta akaun-akaun baru pada bulan Januari hingga Mac 2019.

Penggantungan baru ini dilakukan untuk mengurangkan isu akaun pakai-buang, dan juga untuk mengurangkan jumlah troll di laman sosial tersebut.

Pihak Twitter turut berkata bahawa jumlah akaun yang digantung sudahpun meningkat dengan mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Mereka mengatakan bahawa pada tahun ini, jumlah akaun yang digantung selepas laporan dibuat adalah tiga kali lebih banyak berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.


TIPS & ULASAN