Cari @ Amanz

OnePlus One dilancarkan pada tahun 2014 dengan hasrat untuk menandingi peranti mercu lain. Pada waktu ini, OnePlus juga telah berjaya menjual peranti mercu mereka pada harga murah dan secara tidak lansung telah ‘membunuh’ peranti mercu lain. Disebabkan ini, OnePlus terkenal dengan gelaran #FlagshipKiller.

 

Tahun demi tahun, OnePlus dilihat sudah bertambah maju dan dilihat sudah meraih populariti orang ramai. Sejak OnePlus 6, harga OnePlus di Malaysia telah mencecah lebih RM2000 dan tidak lagi bersaing dengan peranti mercu lain. Ini kerana sudah terdapat pengeluar lain yang menandingi OnePlus.

Kini buat pertama kalinya, OnePlus berada dalam senarai lima teratas untuk kategori telefon pintar premium. Senarai ini adalah untuk peranti yang dijual pada harga melebihi $400 (~RM1653). Harga rasmi OnePlus 6T di Malaysia adalah dari RM2458 – RM3399 (Edisi McLaren). OnePlus telah meliputi 2% pasaran pada tahun 2018 untuk telefon pintar premium.

Walau bagaimanapun, OnePlus masih tidak dapat menandingi Apple yang kekal menjadi no. 1 dalam dunia sebagai peranti premium. Apple meliputi 51% pasaran pada tahun 2018 dan merupakan yang paling tinggi antara kesemua 5 peranti lain. Jauh lagi peranti Android untuk menandingi Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd