Cari @ Amanz

RHL Ventures Umum Lancar Dana Berjumlah 100 Juta Untuk Menyokong Startup

Oleh Liyana

Link Copied!

Firma pelaburan Malaysia RHL Ventures telah mengumumkan pelancaran dana berjumlah USD 24.2 juta (~RM100 juta) yang bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan dan peringkat awal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai industri.

Salah satu penyumbang besar kepada dana baru RHL adalah pihak Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. Kerjasama ini menandakan pengiktirafan kerajaan bersama pihak swasta. Perkongsian antara negeri dan sektor swasta ini dilihat dapat membangunkan rangkaian perniagaan teknologi menjadi lebih kukuh.

Menurut Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif PKS Malaysia, menyatakan peloporan PKS pada pasaran Malaysia telah mencatat lebih 98% daripada jumlah pertubuhan perniagaan dan menyumbang lebih daripada 37% kepada KDNK negara. Pembentukan ini dilihat menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia.

Menerusi platform ini, menunjukkan sokongan kepada Malaysia dalam mengubah kedudukan mereka menjadi salah satu destinasi utama bagi industri berteknologi tinggi menjelang 2025.

Layari: RHL Ventures

Komen ()