Redmi 6 Dan Redmi 6A Tidak Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Redmi 6 Dan Redmi 6A Tidak Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Apr 17, 2019 oleh .

Bulan Jun tahun 2018, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A. Sebulan kemudian ia dilancarkan di Malaysia secara rasmi dengan tanda harga bermula RM349. Peranti ini boleh dikatakan peranti kelas permulaan dan ia agak hebat kerana mempunyai kemampuan kamera yang menakjubkan.

Kini, Xiaomi telah mengesahkan yang Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A tidak akan menerima kemaskini Android Pie. Ini tidak bermakna dua peranti ini tidak lagi akan menerima kemaskini, Xiaomi hanya hentikan kemaskini sistem operasi teras sahaja. MIUI masih akan diberikan, jadi Redmi 6 dan Redmi 6A masih berpeluang untuk merasai MUI 11.

Cuma agak mengejutkan, peranti ini baru masuk bulan kesembilan – Xiaomi hentikan kemaskini teras. Ini mungkin kerana siri Redmi telah diasingkan dan ingin fokus pada model terbaru sahaja. Sebelum ini, beberapa peranti Redmi di bawah Xiaomi turut diumumkan yang tiada lagi MIUI beta untuk peranti-peranti tersebut.


TIPS & ULASAN