Carian
LIT Flash Ialah Sistem Lampu Flash Luaran Untuk Telefon Pintar
April 17, 2019 Effi Saharudin

Kemampuan kemera pada telefon pintar kini sudah hampir menandingi kamera digital. Huawei P30 Pro misalnya boleh mengambil gambar mod malam yang terang serta zum 10X nirhilang. Namun begitu sistem flash pada telefon kecil masih lagi kecil sehingga memberikan pencahayaan yang lemah.

Bagi penggemar fotografi peranti mudah alih, kini LIT Flash telah dihasilkan. Ia sebuah sistem kamera luaran yang dicipta khas untuk digunakan bersama telefon pintar. Tambatan bluetooth digunakan bagi memastikan flash dipancarkan serentak dengan butang kamera. Menarik sekali LIT Flash turut boleh digunakan untuk memicu butang kamera jika perlu.

Dengan sekali caj, flash 40W ini boleh digunakan sehingga 200 kali. Apabila kehabisan bateri ia dicas semula menggunakan port USB-C. LIT Flash kini mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dipesan pada harga $179 (~RM 740) sebuah.

Komen