Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Pembantu Maya Seumpama Alexa, Siri Dan Google Assistant

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Pembantu Maya Seumpama Alexa, Siri Dan Google Assistant

Diterbitkan pada Apr 18, 2019 oleh .

Facebook kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah pembantu maya berasaskan suara seumpama Alexa, Siri mahupun Google Assistant. Facebook diperkatakan telah mula melihat kepada inisiatif ini sejak awal 2018 yang lepas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Facebook akan melancarkannya kepada umum atau sebaliknya.

Idea berkaitan pembantu maya pintar ini bukan sesuatu yang baru untuk Facebook. Sebelum ini, mereka pernah membangunkan pembantu pintar berasaskan permesejan, dinamakan “M“. Walaubagaimanapun, projek berkenaan ditamatkan pada tahun lepas.

Selain daripada itu, Facebook juga telah dilanda dengan skandal privasi pada tahun lepas, membuatkan mereka terpaksa menangguhkan beberapa idea, termasuk tidak menyertakan sokongan pembantu maya tersendiri pada peranti Portal mereka, sebaliknya menggunakan pembantu Alexa.

Facebook Portal

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan projek Facebook ini, dan melihat sama ada ia akan menerima reaksi positif pengguna atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN