Cari @ Amanz

Tahun lalu kedengaran ura-ura Apple akan menghasilkan peranti kemas kini untuk iPhone SE dengan skrin 4.7″. Namun seperti yang kita ketahui sekarang, tiada peranti berskrin kecil dilancarkan oleh mereka sebaliknya iPhone XS Max pula dilancarkan dengan saiz skrin terbesar pernah digunakan pada sebuah iPhone.

Apple iPhone 8Hari ini menurut laporan Economic Daily News (EDN), Apple akan akhirnya melancarkan peranti dengan skrin 4.7″ LCD pada bulan Mac tahun hadapan. Ia dipercayai akan mempunyai rekaan seakan sebuah iPhone 8, dijana cip Apple A13, hadir dengan satu kamera utama dan storan bermula dari 128GB. Mereka turut melaporkan peranti akan dikilangkan di Taiwan oleh Pegatron. Harga jualannya disasarkan sekitar $650 (~RM 2688) sebuah.

Pengenalan model dengan skrin bersaiz kecil dan harga yang lebih rendah ini adalah strategi untuk bersaing dengan Oppo serta Vivo yang mendominasi peranti pada harga sederhana. Ia juga adalah bagi memenuhi kehendak sebilangan pengguna iPhone yang inginkan peranti baharu dengan saiz skrin yang lebih mesra penggunaan sebelah tangan.

Sumber EDN menerusi MacRumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd