Cari @ Amanz

Selepas pelancaran kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 dan GTX 1660 Ti, terdapat spekulasi lagi mengenai satu lagi siri kad grafik mampu milik yang dinamakan NVIDIA GeForce GTX 1650.

Sebelum ini, ura-ura mengenai spesifikasi kad grafik ini hangat diperkatakan, dan terkini, nampaknya butiran-butiran tersebut sudahpun disahkan oleh laman web komponen VIdeoCardz.

Kad grafik tersebut menggunakan cip pemprosesan grafik Turing TU-116, mempunyai 896 teras CUDA, dengan kelajuan asas 1485MHz dan kelajuan Turbo 1665MHz. Ia turut dilengkapi dengan memori GDDR5 sebanyak 4GB, dan tidak mempunyai teras RT untuk Raytracing ataupun teras Tensor untuk kecerdasan buatan ataupun Deep-Learning Super Sampling.

Akan tetapi, apa yang menarik mengenai kad grafik ini ialah ia akan mempunyai nilai TDP setinggi 75W sahaja, cukup sesuai sekali untuk computer-computer bersaiz kecil dan berkuasa rendah.

NVIDIA juga dikatakan telah memberi kata putus mengenai pelancaran siri kad grafik ini, dan ia akan dilancarkan pada 23 April kelak pada harga bermula $149 (RM600).

Buat masa ini masih tiada berita jika kad grafik yang akan dijual adalah untuk pasaran PC desktop sahaja, ataupun untuk computer riba gaming juga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd