Cari @ Amanz

Google AMP Kini Memaparkan URL Laman Sumber Pada Bar Alamat Pelayar Web

Link Copied!

Menerusi Accelerated Mobile Pages (AMP), Google mempercepatkan proses paparan laman web pada peranti mudah alih. Kami menggunakan AMP kerana menyedari majoriti pembaca Amanz menggunakan pelayar web pada peranti mudah alih. Satu kekurangan pada sistem AMP ialah ia memaparkan URL Google pada bar alamat dan bukannya URL laman sumber.

Bermula hari ini, masalah ini diselesaikan kerana AMP mula memaparkan URL laman sumber dengan lengkap pada bar alamat. Perbezaan yang dilakukan ialah URL laman yang lengkap diletakkan di bahagian hadapan dengan alamat AMP kini di bahagian belakang. Menerusi paparan baharu ini, perkongsian dengan URL alamat sumber dapat dilakukan dengan lebih mudah. Sebelum untuk melakukan perkara yang sama, pengguna perlu melakukan dua langkah tambahan yang agak melecehkan.


Komen ()