Malaysia adalah diantara negara-negara pertama yang hadir dengan undang-undang yang membenarkan syarikat-syarikat seru-pandu untuk menjalankan perniagaan disini, tetapi ia masih lagi terikat dengan banyak undang-undang yang lama, seperti bagaimana pemandu OKU tidak dibenarkan mendapatkan lesen pengangkutan kenderaan awam (PSV).
Akan tetapi, kerajaan Malaysia nampaknya ingin mengubah beberapa undang-undang tersebut untuk membenarkan pemandu-pemandu OKU ini untuk menjadi pemandu-pemandu seru-pandu supaya mereka boleh menjana wang untuk diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Menurut laporan Bernama, Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan bahawa mereka akan mengubah syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen PSV ini, untuk membenarkan pemandu-pemandu OKU mendapatkannya tanpa begitu banyak masalah.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ia dianggarkan bahawa terdapat 400 pemandu OKU di Malaysia kini yang sedang memandu untuk syarikat-syarikat seru-pandu, dan, untuk menidakkan mata pencarian yang sedia ada adalah tidak wajar.
Undang-undang JPJ yang menyatakan bahawa semua pemandu seru-pandu perlu mempunyai lesen PSV ini akan berkuatkuasa pada bulan Julai kelak.
Samada sempat atau tidak pemandu-pemandu OKU ini boleh mendapatkannya secepat mungkin sebelum undang-undang tersebut dijalankan masih tidak diketahui lagi.