Baru sehari Samsung Galaxy Fold diberikan kepada laman teknologi dan juruhebah media sosial, sudah terdapat laporan peranti ini mengalami kerosakan skrin. Kerosakan adalah dalam bentuk skrin berkelip-kelip, hanya separuh skrin lipat menyala dan skrin pecah. Memandangkan isu ini dianggap serius, Samsung telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka sebentar tadi.
After one day of use… pic.twitter.com/VjDlJI45C9
— Steve Kovach (@stevekovach) April 17, 2019
Samsung berikrar akan melakukan siasatan ke atas peranti-peranti yang dilaporkan mengalami kerosakan bagi mencari punca ianya berlaku. Mereka turut berkata sesetengah kerosakan berlaku selepas lapisan pelindung skrin yang mengelakkannya calar ditanggalkan oleh pengulas. Samsung mengatakan, mereka akan turut memastikan maklumat untuk lapisan ini tidak ditanggalkan akan dipaparkan dengan lebih terang kepada pelanggan yang membeli Galaxy Fold.