Cari @ Amanz

Google Play Store adalah ibarat laman membeli belah, tetapi kesemua produknya adalah digital. Dalam Play Store, pengguna boleh membeli aplikasi, muzik, langgan pelbagai perkhidmatan, buku digital atau juga filem dan siri TV.

Bagi pengguna yang kerap ‘membeli-belah’ di Google Play Store, termasuk belian dalam aplikasi – Google kini hadir dengan satu jalan penyelesaian untuk mengawal perbelanjaan para pengguna. Di Google Play Store bahagian ‘Purchase History’, kini terdapat satu bahagian yang membenarkan pengguna tetapkan had perbelanjaan di Play Store.

Walau bagaimanapun, tidak pasti jika pengguna telah melebihi had Google akan menghalang perbelanjaan atau hanya akan memberi notifikasi amaran. Fungsi ini masih baru dan dilihat diedarkan melalui kemaskini bahagian pelayan. Dengan fungsi ini, saya yakin ia akan membantu mereka yang taksub dengan belian dalam aplikasi hanya untuk menjuarai sesuatu perlawanan dalam permua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd