edotco Menggunakan Sumber Tenaga Hibrid Lestari Untuk Keperluan Stesen Pemancar-Penerima Luar Bandar

edotco Menggunakan Sumber Tenaga Hibrid Lestari Untuk Keperluan Stesen Pemancar-Penerima Luar Bandar

Diterbitkan pada Apr 19, 2019 oleh .

Hari ini, edotco Malaysia mengumumkan kejayaan mereka dalam penghasilan tenaga hibrid yang boleh diperbaharui menggunakan sel bahan bakar bagi keperluan stesen pemancar-penerima (BTS) di luar kawasan grid di Sabah.

Menerusi penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini, ia menunjukkan komitmen edotco dalam memperjuangkan kemampanan positif terhadap komuniti dan alam sekitar. Seterusnya, tenaga ini turut membolehkan penyambungan pada kawasan terpencil. Di mana penyelesaian luar grid ini dapat menjana tenaga bersih kepada BTS yang terletak di kawasan pedalaman dengan akses terhad kepada grid elektrik.

Untuk makluman anda, projek tenaga hibrid ini menggunakan sel bahan bakar yang berasaskan elektrolisis. Di mana ianya menggunakan tenaga berlebihan yang dihasilkan daripada sumber kuasa solar. Pembaharuan tenaga hibrid ini turut dapat mengurangkan kos operasi dan sekali gus mengekalkan kelestarian ekosistem.

Penyelesaian ini memperlihatkan potensi tenaga dalam mempercepatkan penggunaan infrastruktur telekomunikasi di kawasan terpencil untuk membina penyambungan. Malah ia juga, membolehkan penyambungan tenaga pada jarak yang luas dan kawasan yang mencabar seperti di Sabah dan Sarawak. Perolehan tenga solar yang tinggi, menjadikan solar adalah sumber semulajadi yang cekap, dipercayai dan mesra alam.

Inisiatif positif ini selaras dengan agenda pengurangan karbon pada ekosistem. Secara tidak langsung dapat memacu penghasilan tenaga dan mempertahankan kemampanan pada projek edotco ini. Melalui usaha berterusan, tenaga hibrid ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar menerusi penggunaan mesin kejuruteraan hijau, ia dapat melestarikan ekosistem negara.


TIPS & ULASAN