Netflix Akan Melakukan Ujian Paparan 10 Kandungan Paling Popular

Netflix Akan Melakukan Ujian Paparan 10 Kandungan Paling Popular

Diterbitkan pada Apr 18, 2019 oleh .

Apakah rancangan yang paling sohor kini yang anda tonton? Di YouTube ini dengan mudah dapat dilakukan menerusi tab Trending yang boleh diakses oleh kesemua pengguna. Pada platform penstriman video Netflix, fungsi ini tidak disertakan dan kerap kali pilihan rancangan yang akan ditonton bergantung pada saranan rakan-rakan.

Ketika sesi bersama pelabur semalam, Ted Sarandos yang merupakan pegawai eksekutif kandungan di Netflix mengumumkan pihak mereka akan menguji paparan 10 kandungan paling popular. Ini akan dilakukan mengikut genre serta kategori dan akan dikemaskini seminggu sekali.

Dengan paparan sepuluh program yang paling sohor kini, Neflix berharap pengguna akan lebih mudah memilih rancangan yang ingin ditonton. Ujian akan dimulakan pada suku kedua 2019 di United Kingdom sahaja. Selepas beberapa bulan Netflix akan memutuskan sama ada untuk mengembangkan atau menghentikan ujian ini.



TIPS & ULASAN