TM Mengaktifkan Had Kuota 60GB Untuk Pelanggan Unifi Basic

TM Mengaktifkan Had Kuota 60GB Untuk Pelanggan Unifi Basic

Diterbitkan pada Apr 18, 2019 oleh .

Unifi BasicTelekom Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan pakej Unifi Basic 30Mbps yang mana ditawarkan pada harga langganan sangat kompetitif, iaitu RM79 sebulan. Ketika pengenalan sendiri, ia telah dipasarkan akan hadir dengan had kuota sebanyak 60GB, tetapi TM tidak mengaktifkannya ketika itu.

Walaubagaimanapun, perkara berkenaan berubah kini, dimana pihak TM telah pun mengaktifkan pengiraan had kuota untuk pelanggan Unifi Basic sejak penghujung Mac yang lepas. Sekiranya anda menggunakan pelan Unifi Basic, anda boleh menyemak penggunaan kuota di panel pemuka akaun Unifi anda, dan melihat baki penggunaan daripada had 60GB yang ditawarkan.

Sekiranya kehabisan kuota, pengguna turut boleh membuat pemilihan untuk membuat pembelian kuota tambahan yang ditawarkan dalam beberapa pakej, termasuk RM40 untuk 20GB dan RM20 untuk 5GB.


TIPS & ULASAN