Cari @ Amanz

Yoodo sebelum ini telah hadir dengan promosi penawaran data percuma untuk para pemain PUBG Mobile. Promosi ini pada awalnya telah dihadkan sehingga 30 April 2019 sahaja – tetapi kini ia dipanjangkan sehingga penghujung Julai 2019 kelak.

Yoodo PUBG

Sekiranya anda pengguna Yoodo, anda boleh terus menikmati data percuma sebanyak 20GB ini untuk bermain PUBG Mobile. Untuk menebusnya, anda perlu menambah ia dalam bentuk add-on melalui aplikasi Yoodo.

Selari dengannya juga, pihak Yoodo mengumumkan mereka adalah syarikat telekomunikasi digital rasmi untuk PUBG Mobile National Championship (PMNC) yang akan menawarkan hadiah berjumlah RM114,00, dan berlangsung bermula penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd